Nanti time aku g Europe bulan Oktober 2019 ni nanti..masa tu autumn atau musim luruh.
Aku buat la serba sikit study pasal 4 musim ni..
Ye la kan..kita nak berjalan ke tempat org..mesti la kita kena amik tahu tempat tu serba sikit kan.
Aku ni punya habit, walau kat KL ni, aku nak g mana2 pun, aku akan research dulu tempat2 tu, kalau ada google street lagi bagus..macam aku dah virtually sampai satu tempat tu dan yg penting lepas tu aku akan jadi confident yang amat la bak hang..hahah..
Moh le kita belajar sikit sama2 ye ..
Dalam dunia ni ada 4 musim..semua org dah tahu tu..aku jadi tertahu pun sebab nak g negara2 ni..so kena la belajar ..jomm aku kongsi :-
(i) Musim Bunga (Spring)
Musim bunga ni berperanan sebagai musim peralihan dari musim sejuk ke musim panas.
(ii) Musim Panas (Summer)
Ia akan bermula antara Jun, Julai, Ogos (selalunya dalam anggaran 22 Jun – 21 Sep). Suhunya antara 15 - 30 degree Celcius..
(iii) Musim Luruh (Fall/Autumn)
Ia akan bermula antara Sept, Okt, Nov (kebiasaanya dalam anggaran 22 Sept – 21 Dis). Suhunya pulak antara 1 - 9 degree Celcius..tak ke sejukkkkkk time aku kat sana nanti..Musim ni nanti hari siang bertambah pendek dan bercuaca dingin.
(iv) Musim Sejuk (Winter)
Akan bermula antara Dis, Jan, Feb (kebiasaanya dalam anggaran 22 Dis – 21 Mac). Suhunya pulak antara negatif 15 hingga 2 degree Celcius..ini lagi sejukkkkkkkk ..Waktu siang di musim inilah yang paling singkat dan paling rendah suhunya..i see the SNOWWWW..gitu la gamaknya org selalu sebut ..hihi
Apa sebenarnya punca kejadian perubahan 4 musim ni..Malaysia takdak 4 musim ni..kita ada 2 musim je..panas dan hujan..So mari kita belajar lagi..
Fenomena berlakunya perubahan musim dan pergantian siang dan malam di dunia ini adalah disebabkan oleh bumi yang berpusing pada paksinya yang beredar mengelilingi matahari mematuhi orbitnya tersendiri. Ini kita ada belajar masa kat sekolah rendah lagi dulu kan..ingat takkk??
Bumi ciptaan Allah ini memerlukan satu tempoh masa 365 hari untuk melengkapkan satu peredaran mengelilingi matahari. Pada masa yang sama bumi berputar pada paksinya sendiri dalam tempoh 24 jam sehari.
Semasa berpusing di atas paksinya, sebahagian kawasan atau permukaan bumi diterangi dengan cahaya matahari dan munculnya waktu siang manakala sebahagian lagi yang tidak disinari dengan cahaya matahari akan berada dalam keadaan gelap atau malam.
![]() |
| Gambar ihsan dan terima kasih kepada Guru Perpustakaan dan Media, Guru Geografi Tingkatan Satu, SMK Rahmat, Kuala Sungai Baru Melaka |
Pergantian siang dan malam pula berkait rapat dengan perbezaan musim. Di negara-negara yang berada di Garisan Khatulistiwa seperti Malaysia, Singapura, Indonesia, Maldives, Brazil dan negara-negara seangkatannya hanya mengalami dua musim iaitu musim panas dan musim hujan. Ia sangat berbeza dengan negara-negara di Benua Eropah, Amerika Utara dan Australia termasuk New Zealand yang mengalami perubahan empat musim utama iaitu musim panas, musim sejuk, musim bunga dan musim luruh.
Jom kita belajar geografi sikit..
Secara ringkas bumi dibahagikan kepada lima garisan utama:-
Secara ringkas bumi dibahagikan kepada lima garisan utama:-
(i) Garisan Artik
(ii) Garisan Antartik
(iii) Garisan Sartan
(iv) Garisan Jadi
(v) Garisan Khatulistiwa.
(ii) Garisan Antartik
(iii) Garisan Sartan
(iv) Garisan Jadi
(v) Garisan Khatulistiwa.
Garisan Artik dan Sartan terletak di bahagian Hemisfera Utara.
Manakala Garisan Antartik dan Garisan Jadi berada di Hemisfera Selatan.
Garisan Khatulistiwa pula berada di tengah-tengah membahagikan planet bumi kepada dua bahagian antara Hemisfera Utara dan Selatan.
Manakala Garisan Antartik dan Garisan Jadi berada di Hemisfera Selatan.
Garisan Khatulistiwa pula berada di tengah-tengah membahagikan planet bumi kepada dua bahagian antara Hemisfera Utara dan Selatan.
(i) Garisan Artik
| Peta dunia yang menandakan Garisan Artik dengan warna merah
-Photo credit to Wikipedia
|
Garisan Artik ialah salah satu daripada lima garis lintang utama yang menandai peta Bumi.
Kawasan di utara Garisan Artik dipanggil Artik, sementara kawasan di selatannya dipanggil Zon Sederhana Utara.
Garisan kutub yang seumpamanya di Hemisfera Selatan dipanggil Garisan Antartik.
(ii) Garisan Antartik
| Peta daripada Antartik dengan Garisan Antartik dengan warna biru-Photo credit to Wikipedia. |
Garisan Antartik ialah bulatan latitud utama yang selatan paling antara yang lima yang menjadi tanda peta Bumi. Rantau selatan bulatan ini dikenali sebagai Antartik, dan zon ke utara dipanggil Zon Sederhana Selatan.
(iii) Garisan Sartan
| Peta dunia menunjukkan Garisan Sartan -Photo credit to Wikipedia. |
Garisan Sartan ialah garis lintang yang menandakan kedudukan Matahari tegak yang paling jauh ke utara. Peristiwa ini berlaku hanya sekali dalam tempoh setahun, iaitu ketika solstis Jun di mana hemisfera utara Bumi paling condong ke arah Matahari.
(iv) Garisan Jadi
Garisan Jadi ialah garis lintang yang menandakan kedudukan Matahari tegak yang paling jauh ke selatan. Peristiwa ini berlaku hanya sekali dalam tempoh setahun, iaitu ketika solstis Disember di mana hemisfera selatan Bumi paling condong ke arah Matahari.
(v) Garisan Khatulistiwa
Garisan Khatulistiwa ialah satu bulatan khayalan yang dilukis pada separuh jarak antara kedua-dua kutub planet atau objek astronomi yang lain.
Garis bulatan ini membahagikan planet menjadi dua bahagian, iaitu Hemisfera Utara dan Hemisfera Selatan. Menurut takrif, garisan lintang khatulistiwa ialah 0°. Panjangnya khatulistiwa Bumi ialah kira-kira 40,075.0 kilometer, atau 24,901.5 batu
Musim panas di Hemisfera Utara berlaku apabila matahari memancarkan cahayanya tepat di Garisan Sartan. Pada musim panas, waktu siang di Hemisfera Utara lebih panjang berbanding dengan waktu malam. Sewaktu musim panas yang biasanya tiba pada bulan Jun hingga Ogos, Hemisfera Selatan akan mengalami musim sejuk.
(iv) Garisan Jadi
| Peta dunia menunjukkan Garisan Jadi -Photo credit to Wikipedia. |
(v) Garisan Khatulistiwa
| Peta dunia yang menunjukkan khatulistiwa dalam garis merah -Photo credit to Wikipedia. |
Garis bulatan ini membahagikan planet menjadi dua bahagian, iaitu Hemisfera Utara dan Hemisfera Selatan. Menurut takrif, garisan lintang khatulistiwa ialah 0°. Panjangnya khatulistiwa Bumi ialah kira-kira 40,075.0 kilometer, atau 24,901.5 batu
Musim panas di Hemisfera Utara berlaku apabila matahari memancarkan cahayanya tepat di Garisan Sartan. Pada musim panas, waktu siang di Hemisfera Utara lebih panjang berbanding dengan waktu malam. Sewaktu musim panas yang biasanya tiba pada bulan Jun hingga Ogos, Hemisfera Selatan akan mengalami musim sejuk.
Setelah berakhirnya musim panas di Hemisfera Utara, matahari berada tepat di Garisan Khatulistiwa disebabkan oleh pergerakan bumi yang kembali beredar tegak pada paksinya. Pada waktu ini, Hemisfera Utara mengalami musim luruh manakala Hemisfera Selatan akan mengalami musim bunga. Di musim luruh, daun-daun akan kekeringan dan gugur meninggalkan ranting-ranting pokok. Pemandangan unik dapat diperhatikan apabila pokok-pokok yang kekeringan seolah-olah akan mati. Sebenarnya pada waktu ini, tumbuh-tumbuhan bersedia untuk menerima kunjungan musim dingin atau juga dikenali dengan musim sejuk.
Musim sejuk kebiasaanya tiba pada bulan Disember di Hemisfera Utara dan akan berterusan sehingga awal Mac. Kadangkala ia berlarutan sehingga bulan April manakala musim panas berlaku di Hemisfera Selatan di negara-negara seperti Australia dan New Zealand.
Musim sejuk merupakan suatu musim yang dianggap ekstrim dan kurang digemari oleh penduduk tempatan. Namun begitu, bagi mereka yang datang dari negara-negara khatulistiwa dan tidak pernah mengalami musim sejuk, inilah waktunya untuk mengutip pengalaman melihat dan merasai merasai fenomena salji. Apabila tibanya musim sejuk, permukaan bumi yang mengalami perubahan cuaca ini akan diseliputi salji yang putih bersih dan lembut seperti kapas. Di musim sejuk juga waktu malam lebih panjang berbanding waktu siang.
Di Kutub Utara dan selatan berlaku fenomena yang lebih ekstrim di mana permukaan buminya sentiasa diliputi dengan ais dan salji. Suhu pada waktu ini sangat sejuk sehingga ke tahap di bawah paras beku 00 Celcius. Selain itu, di bahagian Kutub Utara dan Selatan juga pergantian siang dan malam berlaku hanya dalam tempoh enam bulan sekali dalam setahun bergantung kepada kedudukan bumi sewaktu berputar. Sekiranya di Hemisfera Utara berlaku musim sejuk, Kutub Utara tidak akan menerima cahaya matahari sehinggakan di sana sentiasa berada dalam keadaan malam. Begitu juga sebaliknya berlaku di Kutub Selatan.
Sesungguhnya, setiap fenomena perubahan alam yang berlaku ini bukanlah terjadi dengan sendirinya. Sudah semestinya ada Pencipta dan Pengatur alam ini bekerja dan menurut peraturan yang ditetapkan. Bagi penganut agama Islam, Tuhan adalah Pencipta setiap kejadian dan mengatur alam ini dan manusia yang beriman dan percaya dengan kekuasaan Tuhan akan tunduk dan patuh dengan suruhanNya. Ilmu pengetahuan sains bertujuan untuk menerangkan fenomena-fenomena alam yang berlaku di alam sekeliling dan sesiapa yang dapat menguasai ilmu pengetahuan akan dapat menguasai dunia.
Nanti semasa aku sampai di Europe nanti, suhu di jangkakan antara 4 hingga 15 degree celcius..sejuk dan berangin..itu suhu yang dijangkakan bila aku cek kat accuweather forecast..tapi realfeel dia mesti lain nanti.
Real feel adalah suatu situasi yang mana bacaan suhu sejuk sebenar tidak sama dengan rasa sejuk yang sepatutnya. Bacaan suhu mungkin 5 celcius tetapi rasa sejuk ketika itu mungkin seperti -1 celcius iaitu lebih sejuk dari kebiasaan.
Real feel adalah suatu situasi yang mana bacaan suhu sejuk sebenar tidak sama dengan rasa sejuk yang sepatutnya. Bacaan suhu mungkin 5 celcius tetapi rasa sejuk ketika itu mungkin seperti -1 celcius iaitu lebih sejuk dari kebiasaan.
Real feel ini di pengaruhi oleh beberapa faktor seperti cahaya dan tiupan angin yang menyebabkan bacaan suhu tidak sama seperti rasa suhu yang sebenar.
So aku perlukan persiapan rapi untuk itu..kena beli baju thermal wear yang sesuai..berapa lapis baju nak pakai..aku ni bukan tahan sgt sejuk ni...grrrrr achik tak tahannnnnn
So now, aku akan cari2 thermal wear yang sesuai yang boleh dipakai selesa semasa bercuti nanti.
Doakan aku dan kawan2 yang lain ye..semoga segala urusan kami dipermudahkan.
-Adios-
So aku perlukan persiapan rapi untuk itu..kena beli baju thermal wear yang sesuai..berapa lapis baju nak pakai..aku ni bukan tahan sgt sejuk ni...grrrrr achik tak tahannnnnn
So now, aku akan cari2 thermal wear yang sesuai yang boleh dipakai selesa semasa bercuti nanti.
Doakan aku dan kawan2 yang lain ye..semoga segala urusan kami dipermudahkan.
-Adios-

No comments:
Post a Comment