Wednesday, March 27, 2019

Hadiah ku&adik-beradik untuk mama & papa mengerjakan Umrah 15 Mac - 26 Mac 2019

Salam uollsss..

Lamanya tak update wakakakaa..bersawang dah blog ni..
ada ke yg rindu aiii..
takde? takpe , tak rindu ai pun takpe..ai is ok..nanti2 kalo ai rindu diri ai sendiri, ai baca la sendiri blog ni..sendiri tulis, sendiri baca..hahahaha

Ok, aku nak cite pasal pengalaman aku untuk merealisasikan impian mama&papa untuk ke Mekah dan Madinah for Umrah.
Actually kan, dah lama dah mama sebut nak g Umrah..dr tahun lepas ke rasanya..ke tahun sebelum tu..aku rs tahun lepas..
so tahun lepas tu, bila mama sebut, aku kata ok tahun depan (yakni tahun ni la 2019) Along hantar mamapapa g buat Umrah..
Tu ayat aku..
then aku sebagai ahkak sulung, WhatsApp la adik adik aku..sape nak sponsor mamapapa g Umrah, sila kumpul duit..nanti sampai masa bagi la duit ke mama&papa..siap tulis lagi "BESOOOR weii ganjarannya..." kasi psycho sikit kat adik-adik aku ni..
Aku ni, mcm ada kuasa veto sikit..tu yg adik bongsu aku si Pinat ni stress ngan aku..asyikkk ngarahhhh je katanya..along ni suka ngorderrrr je..tu ayat dia
Welllll dah nama kakak sulung kan..aku guna la kuasa KAKAK SULUNG.
Tapi alhamdulillah..aku dikurniakan adik adik yang baik..walaupun kadang2 tu annoying jugak la..tapi biasalah takkan tak gaduh kan..gaduh kan tanda sayang..ecehhh..

Ok balik cite pasal preparation aku nak g hantar mamapapa ke Mekah.

1. Tabung Haji Travel, Cawangan Putrajaya

So aku ingat, ari tu ari Jumaat..aku g la Tabung Haji Travel Cawangan Putrajaya.
Cantik sgt Tabung Haji Cawangan Putrajaya ni..dulu2 dia kat depan opis aku je kat Parcel E..

Gambar ehsan Mr Google
Lokasinya betul2 di sebelah Masjid Besi Putrajaya..
Selain dari Tabung Haji Travel, kat bangunan yang sama juga ada Bank Islam, ada Takaful Malaysia.

Terus je aku kata nak booking umrah untuk mamapapa. Booking sebanyak RM1k untuk seorang.

Banyak pakej pilihan tabung Haji Travel ni sediakan..
Bukan takat untuk g Umrah atau Haji..THT ni jugak ada sediakan pakej pelancongan..wahhhh..best jugak ni..nanti la..ada duit nanti aku nak try jugak THT punya pakej ni.. 
kalo korang nak survey2 pakej yang ada..g la link ni Pakej Tabung Haji Travel ..macam macam adoo.

So sesampainya aku di kaunter THT Cawangan Putrajaya, aku disantuni oleh staff THT iaitu Ustaz Idham, Ustazah Zakiah dan Cik Zayanah.. baik sungguh budi pekerti mereka..
Aku memula tu dilayan oleh Ustaz Idham..tapi agaknya ustaz ni baru kut, atau masa tu dah nak g solat Jumaat, so tugas dia disambung oleh Ustazah Zakiah..bagus sangat layanan ustazah ni..dari awal sampai la ke hari ni, kami masih berhubung melalui WA.

So aku bgtau Ustazah Zakiah, aku nak hotel yang dekat, yg tak perlu jalan jauh. Ye la ..mamapapa kan dah berumur..kesiannya kalo nak kena jalan jauh2 macam 300m tu..dah la diorg g berdua je.

Pilih punya pilih, tgk punya tgk, last2 aku pilih Pakej Ruby.
Terus aku bayar depositnya..
Tak disangka2 my exboss pun ada dalam pakej yg sama..so aku rasa sedikit tenang mengenangkan ada org yg kukenal bersama-sama rombongan mamapapa ni..selebihnya aku serahkan pada Allah untuk menjaga mamapapa sepanjang2 di sana..

Dan bermula la proses seterusnya dimana aku kena buatkan passport untuk mamapapa..

Basically, mamapapa tak penah dtg ke THT Cawangan Putrajaya..semua proses tu aku buat ..ala ala aku yg nak g hahaha..
Ada jugak la dalam masa-masa tu terdetik jugak hati aku nak g, tapi mungkin Allah belum jentik sepenuhnya hihi..tapi betul tau..aku yg beria dok baca pasal umrah, aku yg beria g join group dalam FB ..mcm2 la ..macam aku yg nak g hahahhaa..sampaikan Ustazah Zakiah masukkan aku dlm group WA Jemaah THT yg group mamapapa tu..wakakkaka..aku rasa aku sorang je yg  alien dalam tu..yg lain semua jemaah...hahahhaaa..

Bermula saat tu jugak la, mamapapa setiap Sabtu datang mengikuti kursus Umrah.
Yang bestnya, diorg ni merata kelas diaorg g..hahhahaa..

Minggu 1st kat Masjid Besi Putrajaya under Tabung Haji
Minggu 2nd kat Andalusia Bangi
Minggu 3rd & 4th kat Andalusia Kuantan
Minggu 5th kat Andalusia Bangi
Minggu 6th  kat Andalusia Bangi
Minggu 7th tak join sebab balik kampung jumpa makcik aku hahahha..
Minggu 8th Masjid Besi Putrajaya under Tabung Haji

Tapi korang jgn salah sangka ye..aku call dulu tau semua pusat kursus tu sebelum diorg g..ye la nak la dapat izin dulu.
Masa aku call yg Kuantan wakakaka malu je..ustaz tu cakap gini, "kita ni nak timba ilmu mana mana je boleh Puan" ..huhuhuhuh  Aku pun taknak kalah, aku jawab.."ye la ustaz kena la minta izin dulu la"..wakakaaka padahal aku nak cover malu je..malu la kan..


2. Pusat Kelengkapan Ibadah Haji dan Umrah

Then bila dah selesai semua dokumen yang diberikan, minggu last sebelum berangkat tu mula la kami g membeli belah hihi..mama kata nak g yg dalam TV Alhijrah tu,,namanya Fitrah Al Hajj ..aku ingat kat Bangi, rupanya kat Sunway Putra..

Sampai je depan kedai tu, terus dah berbau minyak atar ..wangiiiii nye..aku cakap kat papa..mcm kat sana la kut ni bau best mcm ni..serius korang..mmg best bau ni..

Fitrah Al Hajj ni PUSAT SEHENTI KELENGKAPAN IBADAH HAJI DAN UMRAH ..
Semua benda In Syaa Allah ada kat sini..tapi hari tu jubah seluar untuk mama takde, so kami kena g cari tempat lain.
Tapi Alhamdulillah, semua kelengkapan lain untuk mamapapa setel kat situ..papa punya barang semua ada..
Sebab jubah seluar mama takde kat situ, selesai je urusan membelibelah di Fitrah Al Hajj, kitorng gerak g Kampung Pandan lak..cari Bindaud milik Yg Bhg Dato’ Hj Md Daud b.Che Ngah ..juga tempat kelengkapan barang2 haji dan umrah.


3. Vaksin - mencegah adalah lebih baik, selebihnya berdoa dan bertawakkal pada Allah

Oh ye..antara keperluan lain yang kena ada ialah suntikan vaksin..
Aku dapatkan vaksin dari 2 tempat ni..

(i) Nimenrix  dari Poliklinik UKMK Putrajaya ..antara salah satu klinik yang menawarkan pakej vaksin yang murah di Putrajaya.
Nimenrix merupakan sejenis vaksin yang digunakan untuk melindungi kanak-kanak, remaja dan dewasa dari dijangkiti penyakit meningococcal. Penyakit ini boleh disebabkan oleh 4 groups of the bacterium Neisseria meningitidis (group A, C, W-135, and Y). Invasive disease akan berlaku apabila bacteria spread through the body yang menyebabkan jangkitan yang serius seperti meningitis (infection of the membranes that surround the brain and spine) dan juga septicaemia (blood poisoning).

(ii) FluQuadri vaccine juga dari klinik yang sama


FluQuadri™ (Quadrivalent Influenza Vaccine) ini pula merupakan sejenis inactivated quadrivalent influenza vaccine yang mempunyai indikasi untuk prevent influenza disease yang disebabkan oleh virus influenza types A and B. FluQuadri ini selamat untuk diberikan kepada bayi bermula dari usia 6 bulan dan ke atas.

(iii) Pneumovax 23 dari klinik seorang sahabat dari UM Dr. Faizal .. tq bro..sanggup bersusah payah hantar bekalan vaksin ke rumah member yg lain untuk disampaikan pada aku..siap bersealed lagi dgn ice box..TQ juga pada seorang lagi sahabatku Dr. Wan Nor Azlin, kerana membantu membawakan vaksin kepadaku..jauh tu perjalanan vaksin tu..Rawang - Kelana Jaya - Putrajaya.. jasa korang mmg takkan kulupakan..semoga Allah membalas segala jasa dan budi kalian..

PNEUMOVAX®23 (Pneumococcal Vaccine Polyvalent) ini adalah sejenis vaksin untuk mencegah pneumococcal disease yang disebabkan oleh 23 serotypes iaitu 1, 2, 3, 4, 5, 6B, 7F, 8, 9N, 9V, 10A, 11A, 12F, 14, 15B, 17F, 18C, 19F, 19A, 20, 22F, 23F, and 33F.

PNEUMOVAX 23 boleh diberikan kepada individu yang berumur 50  tahun dan ke atas yang mempunyai risiko tinggi untuk mendapat pneumococcal disease.

Disebabkan papa ada COAD atau Chronic Obstructive Airway Disease iaitu sejenis penyakit paru2 yang kebiasaanya dialami oleh perokok tegar, maka aku berikan pneumovax 23 kepada nya..
Manakala mama pula kuberikan vaksin Fluquadri.

Kedua-dua mereka juga menerima suntikan untuk meninggococcal.


4. Travel Insurans

Bak kata orang, kita berusaha,Allah jua yang melindungi..
Maka aku doa sungguh2 agar Allah lindungi mamapapa sepanjang masa..bimbang jugak dgn keadaan papa yg mudah semput, tak pasal2 kena admit kat sana..huhuh..

Oleh kerana itu, satu lagi keperluan lain yang kurasakan perlu adalah insurans perjalanan..atau travel insurans..

Aku mmg biasa dgn Etiqa,,selalu kalau nak ke luar negara, mmg ejen Etiqa ku ini lah yg kucari2..tip top tau services dia..Puan Fazilah dari Etiqa Takaful Putrajaya.. senang sgt berurusan dgnnya.
So aku belikan pakej Travel Trip 360 untuk spouse..


5. Simkad 

Adik aku Syafinaz puas menelek samada nak roaming ke atau cemana ke..ntah bagaimana dia dapat tahu pasal satu website ni yg jual simkad utk ke luar negara iaitu hello1010 . Aku tgk review wahhh mcm menarik..apasal sebelum ni aku tak tau.. haha.

So Hello1010 menawarkan simkad ke negara yg kita nak tuju tu..dia ada byk pakej berdasarkan keperluan kita.

Maka utk ke umrah ni, aku pilih simkad Saudi Arabia and Middle East Travel Prepaid Simkad. Harganya RM92 selepas 42% off (harga asal RM160). Dia ada ciri-ciri ni :-
  • - 4GB Unlimited Data*
  • - Using Mobily's 3G/4G network at capped 1Mbps
  • - Valid for 15 Days upon using
  • - Usable in Saudi Arabia, Qatar, Kazakhstan, Pakistan, Bangladesh, Malaysia, Singapore
  • - No registration required
  • - Unable to Hotspot
  • - Cannot Call & SMS
  • - Cannot top up credit
  • - SIM Card expiry 31st Oct 2019
Idok ke berbaloiiii..
dan mmg terbukti, sepanjang mamapapa kat sana, hari2 aku buat whatsApp call, takde tergendala pun..line clear yang amat.. very recommended.. dan customer services dia pun tiptop..melayan je semua soalan2 aku..

Maka, selepas lebih kurang 2 bulan semua persiapan, tibalah hari yang dinanti..jeng jeng jengggg..

15 Mac 2019, kami bergerak dari rumahku pukul 5.30 pagi.. 
Jemaah diarah berkumpul bermula 6.10 pagi..
So sesampainya kami di KLIA, kami solat subuh di Aras 3, tenang tak ramai org.

Habis solat, kami berkumpul di Kaunter TH di Aras 5, berdekatan dengan Paparich dan Old Town White Coffee..

Rupa-rupanya flight delay dari 1010 ke 1250.. Hebahan delay ini diberikan THT melalui WhatsApp.. dan diberikan kupon makanan dari McDonald.

Sebab kan jauh nak berjalan dari imigresen ke aerotrain nak ke pintu departure C27, so mamapapa turun awal dalam kul 11 gitu dah turun..Aku suh jalan slow slow je menikmati pemandangan di sebelah sana Terminal Antarabangsa hahaha..bukan selalu kan dapat g belah sana..selalunya belah Terminal Domestik ni dah biasa..

So now, kita layan gambar2 la..








Sempat jugak bergambar dengan exboss ku Dato' Dr. Azmi, my Pengarah Perkembangan Perubatan..
Beliau juga ke sana bersama isteri , anak dan ahli keluarga yg lain..terima kasih Dato' sebab menyantuni ayah sy semasa di tanah suci...
Dan semalam, kami sekali lagi ke KLIA, menyambut kepulangan mamapapa dan semua jemaah yg lain.
Flight asalnya sepatut sampai 7.20 pagi at 26/3/2019, tapi mmg dah diberitahu awal sebelumnya dalam 3 hari sebelum tu yg flight akan delay dari pukul 5ptg Waktu Madinah ke 1pagi Waktu Madinah.

Semua jemaah selamat sampai landing kul 3pm..mama call dr dlm flight bgtau dah landing KLIA.

So aku gerak dr umah dgn hubby dan pinat around 3.45pm. Sampai je dah ramai yg keluar dr terminal. Kami pun tggu mamapapa keluar betul2 depan gate hahahah..

Alhamdulillah mamapapa sihat sepanjang di sana..Papa ada sikit batuk dari last day kat Madinah..sampai kena panggil suh check kesihatan lepas keluar dr flight. 

Terima kasih Allah..terima kasih kerana memberi aku dan adik2 peluang untuk menyempurnakan hajat mamapapa untuk mengerjakan umrah.

Terima kasih kepada team THT yg menjaga semua jemaah semasa di sana.
Terima kasih team THT Cawangan Putrajaya ..
Semoga Allah membalas jasa dan budi kalian semua ..

Semoga kami pula dijemput ke sana..Pinat dah plan ni nak g next year..mama dah kata nak g lagi sekali..
ok ..jom bersiap sedia dari sekarang..





-Adios-

No comments:

Post a Comment